Pages

Wednesday, December 28, 2011

Selamat tinggal 2011

Lagi beberapa hari saja kita akan menyambut tahun baru 2012.. Sedih rasanya.. Cepat masa berlalu.. Terlalu banyak kenangan manis pahit kelat masam semuanya lah yang berlaku pada 2011 ni.. ;)

Syukur Alhamdullilah segalanya telah ku harungi dan tempuhi dengan penuh kesabaran.. 2011 ni sebenarnya aku banyak buang masa.. Tak bekerja mahupun sambung belajar.. Aku sendiri tak tahu apa hala tuju aku yang sebenar.. ;( Tapi akhirnya aku nekad untuk terjun dalam bidang Kecantikan.. Memandangkan aku suka solekan.. Dan memandangkan aku tak suka bekerja di office aku lebih cenderung kearah bekerja sendiri senang cerita buat business sendiri..

Jadi mama aku memberi cadangan, apa kata daftarkan diri di GIATmara dalam bidang Beauty.. Aku pun pikir punya pikir aku setuju dengan mama aku.. Pada mulanya aku ingat boleh terus masuk dalam kursus ini.. Ternyata aku silap.. Aku pun tak terpikir sebelum ini.. Ye lah bidang yang dianjurkan oleh MARA ni percuma dan akan diberikan allowance setiap bulan ! Bayangkan betapa untungnya siapa yang dapat terpilih menyertai kursus di GIATmara..

Aku pun menghantar borang bidang Kecantikkan ke Pejebat GIATmara di Shah Alam .. Dekat dengan rumah aku.. Lepas tu pengawai disitu cakap.. Ada interview nanti.. Sebenarnya tarikh interview sudah lepas.. Tetapi disebabkan ramai yang ingin memasuki kursus ini dan pula ketika itu ramai pelajar yang sedang menduduki SPM (kebanyakkannya memang pelajar-pelajar SPM selepas exam mereka masuk GIATmara) jadi Giatmara di Shah Alam akan mengadakan interview buat kali kedua.. Jadi aku masih sempat lagi lah untuk ada interview ini..

Selepas beberapa hari, Pekerja di giatmara call dan memberitahu tarikh interview tersebut dan menyuruh aku memakai pakaian yang bersesuaian untuk interview nanti seperti baju kurung.. Tarikh interview itu jatuh pada 19th December 2011 jam 9am.. Aku mula rasa takut dan nervous at the same time.. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat lepas interview ni apa yang akan aku lakukan selepas ini? Apa aku nak kerja nanti ? Macam-macam benda yang bermain di pikiran aku ketika tu..

Okay pada 19th December 2011.. Aku ditemani mama aku.. Aku punya lah excited bangun subuh.. Bersiap awal.. Sedangkan mama cakap awal lagi ni.. Tapi aku insist juga untuk pergi awal takut jammed ke ye lah dari  Subang ke Shah Alam memang dekat tapi disebabkan kesesakan dipagi hari semua orang nak pergi kerja kan..

Memang ternyata aku lah orang yang pertama sampai.. HAHAHA ;p Tepat jam 8.30am aku dah sampai sampai pengawai-pengawai disitu cakap awal lagi dik.. Adik pergi lah makan di mana-mana dulu.. Tapi aku n mama aku cakap takpe lah kami tunggu je disini sebab tak tau nak pergi makan dimana.. Adoi macam panjang pula aku tulis kan? Detail sangat lah okay lah aku pendekkan.. Tunggu punya tunggu nama aku dipanggil untuk interview. Ye aku orang yang pertama..

Dipendekkan cerita lah kan.. Alhamdullilah aku berjaya menempuhi nervous ketika disoalkan.. Aku cuba menjawab walaupun aku rasa aku tak tahu nak jawab apa.. Hahahaha ye lah jawab je apa yang ditanya walaupun kita tak tau jawapan dia asalkan jangan diam.. Bayangkan this is my first time being interviewed.. Selepas selasai interview itu orang disitu mengatakan.. Esok mereka akan call JIKA aku terpilih.. ;( Walaupun selesai sudah azab interview itu ku melepaskan nafas lega.. TETAPI.. Menunggu panggilan samaada aku terpilih atau tidak lebih merisaukan aku.. Tidak keruan aku dibuatnya.. Macam-macam lah aku pikir..

Disebabkan berkat doa dari keluarga aku.. kawan-kawan aku.. Dan si dia.. Keesokkan hari tu pagi.. Ada panggilan buat aku.. Aku tengok lah number yang tertera di handphone aku.. Number dari GIATmara ni.. Aku jadi panic hahaha.. GUESS WHAT ? Ya Allah Alhamdullilah aku terpilih mengikuti kursus Kecantikkan selama 6bulan! I am speechless .. Can't say a word.. Aku pun melompat riang.. YEAYYYY! Aku terus menangis lari pergi ke bilik mama aku dan memeluk mama aku.. Ya Allah syukur Alhamdullilah rezeki yang Kau berikan kepadaku.. And yes 2012 akan menjadi hidup aku lebih teratur dengan masa depan aku yang aku sendiri sudah merancangkan.. I'm so happy and grateful ! Berkat kesabaran aku akhirnya membuah hasil.. Cewah.. ;p

2011 juga sejarah bagi aku.. Aku berjaya menurunkan berat badan setelah sekian lama aku cuba untuk menurunkan berat tapi tak berjaya..

Dan syukur Alhamdullilah aku masih bersama dia hingga sekarang.. Doakan kami kekal hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah tahun depan kami mungkin akan mengikatkan tali pertunangan .. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan dan 2013 kahwin!! ;p YEAYY .. Berangan je lah aku ni.. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang berlaku tapi biarlah aku simpan dihati saja.. Tujuan aku membuat blog ni bukan lah untuk menceritakan rutin harian aku.. Hanya sekadar ingin berkongsi yang mana aku rasa patut dikongsi.. Cewah cakap macam ramai je lah yang membaca blog aku ni padahal takde pun.. Takpe lah atleast aku boleh baca balikkan.. ;p hahaha

Thursday, December 22, 2011

Set Fire To The Rain



I cried listening to this song.. ;'(

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu


Salam semua.. Hehehe mesti pelikkan kenapa saya nak tulis blog lagi-lagi tajuk Ombak Rindu.. Memang nak bagi ulasan sikit tentang filem ni..

Pada hari jumaat lepas 9hb 10 2011.. Tergerak sangat hati ni nak tengok Ombak Rindu.. Semangat juga lah kan.. Macam-macam lah fikir.. Best ke? Sedih ke? Lagi hebat ke dari Lagenda Budak Setan ? So untuk mendapatkan jawapan yang pasti.. Akhirnya saya ajak si dia temankan saya tengok Ombak Rindu di Summit USJ.. Pada mula nya si dia tak nak.. Konon alaa cerita melayu tak best semua sama je.. Apa lagi saya buat muka seposen ni.. Akhirnya dia tertewas juga.. HAHA so pergi lah kami untuk membeli ticket.. Kami beli yang pukul 9.30pm.. itu pun tempat depan juga.. PENUH OKAY walaupun dah seminggu keluar..

Tepat jam 9.30pm masuk lah kami ke pawagam.. Tak sabar dihati ni nak tau macam mana jalan cerita dia..

Selepas 2 jam.......

TERBAIK!!! Dulu ingat Lagenda Budak Setan filem berdasarkan novel yang menjadi pertama dihati saya.. Tapi saya silap.. Ombak Rindu lagi terbaik ! Maaf yer .. Ulasan ini ikhlas dari hati.. Menangis beb tengok filem OR.. Si dia pun kalah jantannya.. Bergenang air mata dia.. Amboihh hebat sungguh kesan filem ni yer..
Rasa tak puas. Nak tengok lagi sekali. Tapi takpe lah rasanya mesti di Astro First keluar nanti.. Boleh tengok lagi sekali..

Tetapi ada rasa sikit kekecewaan disitu.. Ending dia tak berapa nak best sangat lah.. Lagi satu.. Saya kurang sikit dengan pelakon heroin filem ini iaitu Maya Karin.. Pilihan heroin saya kalau boleh saya lagi suka tengok Nora Danish.. (cewah mentang-mentang peminat setia drama Tentang Dhia) ... Tapi serious watak heroin Ombak Rindu saya rasa lebih sesuai diberikan kepada Nora Danish ataupun Lisa Surihani sendiri.. Bagi saya Maya Karin bagus tapi expressi wajah dia macam tak sesuai.. Tak natural.. Ada juga yang sependapat dengan saya tentang ini.. Tapi xpe lah kan.. Maya Karin pun okay je.. Overall memang tak menyesal lah tengok.. ZE BEST FILEM EVER! ;)

Thursday, December 8, 2011

Such an inspiring woman!


When I first saw her music video Someone Like You .. I was like is it just me or she did really lose some weight? Takpe lah kan.. Then just now terdetik dihati untuk tahu lebih lanjut.. I was googling about her bio data and her new appearance photos.. And yeah Adele really has lost some weight.. And I just knew about her age.. She is just 23years old? and her birthday is on May 5th which is Adele and I , we share the same birthday!! OH MY! She such an inspiring woman! I wanna be just like her! ;P too bad me punya suara tak sedap.. HAHA

Losing Weight

Hola.. Setelah sekian lama tak update blog ni yer.. Takde lah busy mana pun cuma entah lah kan.. Mood untuk menulis blog tu hilang buat sementara waktu.. Okay lah tak nak membuang masa korang baca panjang-panjang.. Ada satu kisah ingin saya cerita kan tentang menurunkan berat badan.. Cerita ini adalah tentang diri saya juga.. ;)

Okay kisahnya bermula pada tanggal 4hb October 2011..

Pada malam tarikh tersebut.. Rumah saya dikunjungi oleh sepupu saya , Kak Midah dan bersama kawan dia, Kak Zyla.. Ingat dia-orang nak datang melawat mama ke apa ke kan.. Rupa-rupanya ada hajat..
Nak tau apa hajat mereka berdua ? Jeng jeng jeng.. Hahahaha
Dia-orang ingin memperkenalkan produk menguruskan badan iaitu HerbaLife.. Time tu dia-orang bersembang dengan mama.. Pada mulanya macam.. Alaaa produk ni dah dengar dulu.. Boleh ke kurus kan badan kalau makan produk ni? Nak pula beberapa tahun yang lalu mama pernah membeli produk ini daripada kawan sepejabatnya.. Tapi tak menggunakan sepenuhnya.. Kesudahannya buang begitu aje.. Erk.. Hehe Tapi mungkin Kak Midah dan Kak Zyla membuktikan dan menyakinkan mama saya.. Kita-orang pun setuju untuk membeli produk ini..

Okay ada sesetengah orang mengatakan produk ini tak kurus pun.. Anda silap.. Sebab apa tak kurus? Cara pengambilannya yang salah.. Lagi satu anda tidak mempunyai bimbingan dari orang yang arif tentang produk ini! Kak Midah and Kak Zyla datang memang tepat pada waktunya.. Dimana berat badan saya memang melampaui batas.. Hahaha kira saya dah dikategorikan OBESITI yang agak obes juga lah kan.. Dihati saya terdetik berkata.. Mungkin ini lah masanya untuk saya betul-betul serious dalam menguruskan badan.. Sebab before ni dah macam-macam saya cuba untuk menguruskan badan.. Makan bermacam-macam produk tetapi tak berjaya juga.. Daftar ke dua tempat Gym.. Pun tak menjadikan.. Kira sudah menghabiskan lebih kurang hampir puluh ribu ringgit malaysia.. Bayangkan betapa membazirnya saya ketika itu.. :( Menyesal pun tak guna juga.. Salah satu sebab saya ingin menguruskan badan.. Bukan semata-mata untuk nampak cantik di mata umum.. Tapi siapa yang tak nak kuruskan.. Pertama.. Mudah mendapat penyakit seperti Stroke, Diabetes dan etc.. Saya juga ada migraine pada usia yang sangat muda.. Cepat penat bila naik tangga.. Dan period saya tak teratur.. Pernah dua tahun lepas period saya hanya datang dua kali dalam setahun.. Bayangkan betapa tak bagusnya kalau kita ni berat berlebihan..

Okay berbalik pada Herbalife tadi.. Jadi mama saya agak yakin kali ini dgn produk Herbalife jadi mama saya pun setuju untuk membeli produk ini demi kesihatan saya yang sudah tahap merbahaya.. Dengan bantuan Coach saya Kak Zyla.. InsyaAllah siapa tahu memang saya berjaya mengurangkan berat badan.. Sebab cara ini lah yang saya mahukan dengan adanya bimbingan dan sentiasa ada orang mengambil berat tentang cara harian saya ketika bermulanya saya mengambil Herbalife.. So lepas tu kak Zyla pun memberitahu apa yang patut saya buat untuk rutin harian saya..

Keesokkan harinya.. Okay masuk 5hb October 2011..
Bermula lah hari yang pertama saya mengambil Herbalife.. Agak semangat juga..


So ini lah produk harian yang harus saya ambil.. Okay Shake dan Tea Mix.. Pada waktu pagi lepas saja bangun dari tidur saya harus minum 2 gelas air kosong.. Setengah jam kemudian saya harus mengambil Shake saya yang berperisa Chocolate tu.. Shake itu dicampurkan dengan Susu HL rendah lemak.. SEDAP! Memang lagi semangat lah saya kan.. Tunggu setengah jam kemudian.. Diikuti pula meminum Tea Mix air sebanyak 500ml.. Lunch time saya boleh makan macam biasa.. TETAPI!!! Mesti lah kuantiti makanan tu harus separuh.. Macam sebelum ni saya suka makan nasi banyak siap tambah-tambah lagi.. HaHa.. Tapi sekarang separuh je.. :P Lebih kan sayur-sayuran yang berdaun .. Ikan Telur Daging Ayam.. Makan lauk banyak takpe jangan nasi (Mama pulak lepas tu rasa nak amal makanan yang sihat, sanggup menukar beras biasa kepada brown rice atau berasmati yang kurang kanjinya)..  Aduh lapar lah pulak cerita pasal makanan.. :P Lepas tu tunggu satu jam .. Minum Tea mix lagi sekali.. Okay kalau petang-petang tu saya rasa lapar.. Saya akan memakan buah sikit ke untuk alas perut kan.. Malam pulak saya akan minum dua kali Shake pada pukul 7.30 dan 10.30.. Tea Mix sekali sahaja malam..


Ini makanan pada waktu malam.. Bayangkan sebelum ni makan makanan sedap-sedap je.. Tup tup boleh makan apple hijau sahaja dan Shake.. HAHA seksa tak seksa juga lahkan..
Pada mulanya memang susah gila lah untuk saya tahan nafsu makan saya! Ya Allah.. Tuhan saja tau macam mana seksanya.. Mood pun jadi nak marah je.. Ye la terpaksa melupakan hasrat untuk memakan makanan kegemaran yang tidak berkhasiat tu.. :P amboihhh.. hehehe and have to drink a lot of WATER!! ITS A MUST!! NO FAST FOOD OR CARBOHYDRATE  DRINKS!

Okay lah untuk di pendekkan cerita.. 5hb November 2011 menandakan sebulan sudah saya mengambil Herbalife.. SYUKUR ALHAMDULLILAH tak terhingga.. Migraine ku sudah hilang .. Period saya mula datang selepas itu.. Naik tangga pun dah tak penat langsung.. Saya jadi aktif dan semangat.. Berat yang saya berjaya untuk turunkan pada bulan pertama sebanyak 5kg! YEAY!! Berjaya akhirnya!! Syukur Alhamdullilah! Sebenarnya kalau nak diikutkan saya masih mampu untuk menurunkan lebih lagi berat badan tapi.. Hahahah mungkin saya agak terbabas sedikit kot.. :P janji turunkan.. Jadi skang dah masuk bulan kedua.. Total penurunan berat badan saya selama dua bulan adalah sebanyak 7kg.. Alhamdullilah.. Bayangkan tak pernah seumur hidup saya berjaya menurukan berat badan sebanyak tu.. Bertambah naik ada lah.. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi saya berjaya turunkan berat badan juga kan.. Mungkin saya ada terbabas sikit.. :P itu pasal lah kan.. 7KG in two months without EXERCISE !! :P Im so happy now!! Everything went so smoothly.. Sekarang Im having my second period NORMAL after taking herbalife!! takde lagi macam dulu dua tiga 4 bulan baru datang period..

Target saya untuk 3bulan .. Saya harus turun kan sebanyak 10kg atau mungkin lebih.. Sekarang saya dah memasuki bulan yang ketiga.. :P kali ini kene buat betul-betul lah nampaknya ye mengawal pemakanan saya!! Saya target setahun untuk mendapatkan berat badan 45kg.. Tapi taknak lah kot kurus sangat.. I still wanna have that curvy look like KIM K HAHA perasannya saya.. :P Jadi setakat ini dulu saya berkongsikan tentang perjalanan hidup saya menguruskan berat badan.. Masih banyak masa lagi.. Jauh lagi perjalanannya.. So guys WISH ME LUCK OKAY!! ;)

Saturday, September 24, 2011

Like I said before.. Promise is still a promise.. Hehehe seperti kalian lihat post yang sebelum ni mengenai Suicide Silence kan.. Dan saya janji untuk update lepas menghadiri concertnya kan.. Okay-okay.. Mari kita mulakan.. :)

Saya tiba di venue (White Studio, Fort Canning) seperti yang tertulis di Facebook Suicide Silence Live In Singapore. Saya naik taxi je pergi ke sana. Malas nak naik MRT. Tiba tepat jam 5petang lebih sikit kot. Entah saya lupa pulak. Hahahah. Tapi sampai-sampai je. Rupa-rupanya salah tempat. Bukan salah memang itu Fort Canning tapi building lain. Saya pergi suruh taxi tu berhenti dekat Hotel Fort Canning. Dengan yakinnya ku gagah juga mengatakan ini tempatnya. Sebelum ni dah pernah pergi dah sekali time concert HeavenShallBurn last year. So ingat-ingat lupa macam tu lah.

Tempat ni atas bukit. Sesuai untuk orang nak berjogging. Memang ramai orang berjogging dekat situ. Sejuk je. Okay berbalik pada salah building tu. Silap building dah. Nak taknak saya kene lah tanya orang hotel dekat situ. Nasib ada satu brother ni baik tolong tunjukkan jalan ke tempat sebenar venue tu. Thanks bro. Brother tu pun ada cakap tadi sebelum kita-orang memang ada juga a few people tanya tempat yang sama. Tak jauh mana pun dari Hotel ke White Studio. Cuma kene memanjat tangga bukit lagi lah nampaknya. Hahahahah. Takpe dapat bersenam sikit kan. Hahahaha

Jalan punya jalan, akhirnya..... sampai jua kita ke destinasi yang ingin dituju. Hehehe dah nampak dah kelibat-kelibat manusia yang ingin melihat SS. Sampai-sampai je kami (me and bf) berjumpa dengan kawan kami dari JB tapi berkerja di Singapore. Chester namanya. Nasib ada kawan. Kalau tidak mati kutu kita-orang nanti. Hahahaha so kita-orang duduk je lah dulu sambil menantikan jam pukul 7. Sembang-sembang.

Tapi sebelum tu nampak juga dalam White Studio tu crew-crew,soundman SS. Tapi SS belum kelihatan. Tiba-tiba........................................


Alex Lopez drummer SS keluar dari White Studio tu mungkin untuk melihat pemandangan diluar. Dia duduk di pintu studio tu. Masa tu nasib tak ramai lagi orang. Ada lah beberapa orang yang memberanikan diri pergi menegur Alex dan ingin bergambar. Hey jangan ingat saya pun tak berani. Tapi mula-mula segan juga lah kan. Tapi dengan beraninya saya datang dekat Alex and cakap nak bergambar. At first nampak dia macam pemalu sangat. Tapi dia sangat baik. So dapat saya bergambar dengan dia. Jangan jealous. Owh ya mesti tertanya-tanya mana pergi line-up yang lain? Well.. Dia-orang masih di hotel dan akan datang selepas menjamu makan malam. Rockstar habis. :P Hahahaha what to do. Band dah ada nama.


tadaaaaaaaaaaaaaaa... :P Comel kan. Alaaaa dia sudah berpunya lah! Sorry girls :P hahaha

Lepas bergambar tu saya duduk balik ke tempat yang dimana tempat saya duduk tadi. Erk.. Hahaha apa aku merepek ni. Sebenarnya show supposedly starts at 7pm. Tapi kesudahnya sampai jam 8.45pm baru start. Lama juga lah kita-orang tunggu..


Dalam White Studio. Tempat dia agak kecik juga. Orang pun dalam 100++ .. Saya terpaksa duduk belakang. Sebab budak-budak nak mosh lah 2 step bagai. Hahahahah :'( sedih.. tak dapat tengok dekat-dekat. Sebab orang macam nak gila bila dengar Mitch Lucker pegang mike je dah mengila.

Yeah itu dia Mitch Lucker. Yang ku nanti-nantikan. Seperti biasa. Lagu pertama yang menjadi pembukaan tirai concert ini ialah Wake UP! Orang-orang semua sudah menggilaaa..huarghhh





Sorry gambar takde lah banyak mana pun. Khusyuk tengok SS perform. So tak teringat pulak nak amik video ke apa ke . Hahaha boleh macam tu pulak kan ? Tapi ada kurang enak sikit yang berlaku ketika dia-orang mula nak masuk lagu kedua. Electricity dia-orang padam. Maybe overload. Tengah-tengah nyanyi boleh shut down. Crowd pun marah. waaaa woooo weeee macam suara keluar. Tapi selang beberapa minit kemudian. Yeay the Electricity sudah kembali. Tapi marah betul Mitch ye. Siap fuck everything lagi Hahahah Apa-apa pun showmanship dia-orang memang mantap and memang best! Rugi tak tengok. Disebabkan power electricity overload SS terpaksa cut beberapa lagu. So sikit je dia-orang main lagu. Yang sempat saya ingat lagu dia-orang bawak pada malam tu, Wake Up, Fuck Everything, You Only Live Once, Bludgeoned to Death, Disengage, Unanswered and beberapa lagi kot tak ingat dah.

Mula nya agak kecewa lah. Sebab kene berdiri belakang. Pastu dengan masalah technical apa semua. Memang tak puas lah. Time tu muka saya memang down gila. Kecewa habis. Sebab tak puas nak tengok dia-orang. Lepas dah habis tu. Hati saya teringin sangat nak bergambar dengan Mitch Lucker. Tak dapat yang lain pun takpe janji Mitch Lucker. Penat saya datang dari jauh tau. :P Tunggu punya tunggu. Guitarist dua orang and bassist dah blah awal lagi. Tinggal Mitch and Alex. Alex dah sempat bergambar. So tinggal Mitch. Dengan keadaan yang terpaksa dan teringin bebenor nak jumpa Mitch. Lalu bf saya tanyakan dekat kawan kita-orang yang menjadi security event pada malam itu. Kalau tau macam ni boleh tanya awal-awal kan :P mana tahu dapat full line-up. Sekali kawan kita-orang tu bagitau Mitch ada dekat belakang building. Patut saya tengok ramai berpusu-pusu lari ke belakang.

Saya pun dengan tanpa berlengah lagi, bergegas ke belakang juga.Huwaaaaaaaa agak ramai juga bepusu-pusu ingin bergambar dengan Mitch. Saya macam dah hilang harapan sebab rasa macam tak dapat je. Agak ramai dalam 30 sampai kot. Mitch di kelilingi dia-orang semua. :( .. Bf saya dengan yakin mengatakan. Pergi lah depan sikit. Buat tak tau je. Saya dengan memberanikan diri pergi juga kedepan memotong QUE orang.. arghhh saya dah tak pedulik time tu. Bila dah sampai depan sikit Mitch macam cakap okay guys got to go lah. Blah Blah Blah.. Saya rasa nak nangis dah time tu. T_T memang rasa macam takde peluang. Sekali entah macam mana terpancul keluar dua patah perkataan dari mulut saya " MITCH WAIT" .. HAHAHA semua pandang. Adoi malunya.

TADAAAAAAAAAA.. DAPAT JUGA AKHIRNYA!!!!!!!!!! *pengsan* 


hehe jangan jealous ya. Lepas tu saya boleh tidur dengan lenanya  :P begitu lah sedikit sebanyak cerita yang dapat saya kongsikan..

Saturday, September 17, 2011

Suicide Silence Live In Singapore

 
Ini sedikit sebanyak informasi tentang band dari Riverside, California...


"SUICIDE SILENCE has dominated the metal world since arriving on the scene in 2005. Almost immediately, the Riverside natives caught fire and became a five-piece force of destruction, bludgeoning fans across the world with the strength of their two full-length records. It's now 2011 and the band is gearing up for its biggest campaign yet. 

After two highly acclaimed studio albums and countless laps around the globe alongside the likes of Slipknot, Slayer, Megadeth, As I Lay Dying, Mudvayne and more, SUICIDE SILENCE has proven itself to be a truly dominant force in modern metal. Now, the metal juggernauts return with their third-full length, THE BLACK CROWN, pushing the extreme metal genre even further into the scope of music fans everywhere." ~Reconstrux Bookings




Tak sabar nak ke sana.. Dapat juga melihat salah satu band kegemaran saya.. EXCITED !! Ticket train sudah saya beli.. Sebenarnya Suicide Silence (SS) juga akan membuat persembahan mereka di MCPA, Kuala Lumpur sehari selepas SS bermain di Singapore. Mesti pelikkan.. Kenapa saya nak tengok mereka dekat Singapore ? Terus terang ku katakan.. Saya pun tak tahu.. HAHA..Padahal dekat KL pun nanti dia-orang ada main juga kan.. Well.. Mungkin hati ni lebih tertarik untuk melihat mereka di Singapore.. Apa-apa pun tunggu kepulangan ku untuk update blog tentang SS yer!! Siap dengan gambar--gambar sekali.. Mana tau dapat bergambar bersama SS.. Jangan jeles.. :P

Tuesday, September 13, 2011

Happy Eid ul-Fitr

Masih tak terlambat untuk ku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. I apologize if anybody was offended by anything I said.. And sorry again for my wrong doings and mistakes.. Allah has bestowed us this beautiful day to make merry after fasting whole month and praying Allah.. May you enjoy all the moment of this day..


Lama sudah diri ini tidak menulis apa-apa di blog ini.. Jujur ku katakan.. Rindunyaaaa.. :) Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar Raya pada tahun ini.. Dan Alhamdullilah ku diberikan nafas sekali lagi untuk berpuasa dan menyambut hari raya.. Syukur Alhamdullilah ku ucapkan.. 


Raya kali ni agak meriah walaupun ku tidak pulang ke kampung (di kedah) .. disebabkan abah ku harus menjalankan tugasnya sebagai seorang pekerja yang amat bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya.. :( Tetapi walaupun tidak pulang ke kampung.. Ramai juga saudara-mara,rakan-rakan datang beraya dirumah ku di Subang Jaya.. Siapa kata raya di bandar tak meriah ?  Meriah okay .. hehehe :P yeay jangan tak percaya.. walaupun umur dah meningkat dewasa.. haha tetap juga dapat duit raya dari abah and mama ku.. jangan jealous ! hehe 


Tetapi ada peristiwa yang nak kata kelakar ke atau apa saya pun tak tau tapi syukur Alhamdullilah tiada apa yang teruk berlaku atas diri ini.. LOL ! Seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal.. Saya dilanda demam.. Kehkehkehkeh ye lah walaupun demam orang mesti ingat.. Ala demam biasa je tu.. Tapi demam ni agak lain dari demam-demam yang saya hadapi sebelum-sebelum ni.. Seminggu ku terlantar sakit.. :P Ayat macam teruk benar sakitnya.. Sampai saya ingat kene Asthma attack je.. Siap pergi PPUM masuk emergency lagi..hihihi Syukur Alhamdullilah saya sudah pulih.. Lucu juga.. Rupa-rupanya mungkin kahak banyak sangat dalam paru-paru ni kot.. Itulah minum ais batu lagi.. Hehehe


So itu lah kisah-kisah agak menarik ketika sedang semua orang membuat persiapan raya ..saya terlantar sakit.. 



                                   Sibuk menjaga baby Shifa :) Nakal hehe
                             

                                                   Tolong potong-potong je (for Laksa)




                                                    Dah siap sempat lagi nak bergambar :P





Me and My Beloved Mom (my dad has to go to work on Raya day)



      Me and My Sister (gedik :P)






                                                     last but not least.. ME ! hehe Selamat Hari Raya