Saya tiba di venue (White Studio, Fort Canning) seperti yang tertulis di Facebook Suicide Silence Live In Singapore. Saya naik taxi je pergi ke sana. Malas nak naik MRT. Tiba tepat jam 5petang lebih sikit kot. Entah saya lupa pulak. Hahahah. Tapi sampai-sampai je. Rupa-rupanya salah tempat. Bukan salah memang itu Fort Canning tapi building lain. Saya pergi suruh taxi tu berhenti dekat Hotel Fort Canning. Dengan yakinnya ku gagah juga mengatakan ini tempatnya. Sebelum ni dah pernah pergi dah sekali time concert HeavenShallBurn last year. So ingat-ingat lupa macam tu lah.
Tempat ni atas bukit. Sesuai untuk orang nak berjogging. Memang ramai orang berjogging dekat situ. Sejuk je. Okay berbalik pada salah building tu. Silap building dah. Nak taknak saya kene lah tanya orang hotel dekat situ. Nasib ada satu brother ni baik tolong tunjukkan jalan ke tempat sebenar venue tu. Thanks bro. Brother tu pun ada cakap tadi sebelum kita-orang memang ada juga a few people tanya tempat yang sama. Tak jauh mana pun dari Hotel ke White Studio. Cuma kene memanjat tangga bukit lagi lah nampaknya. Hahahahah. Takpe dapat bersenam sikit kan. Hahahaha
Jalan punya jalan, akhirnya..... sampai jua kita ke destinasi yang ingin dituju. Hehehe dah nampak dah kelibat-kelibat manusia yang ingin melihat SS. Sampai-sampai je kami (me and bf) berjumpa dengan kawan kami dari JB tapi berkerja di Singapore. Chester namanya. Nasib ada kawan. Kalau tidak mati kutu kita-orang nanti. Hahahaha so kita-orang duduk je lah dulu sambil menantikan jam pukul 7. Sembang-sembang.
Tapi sebelum tu nampak juga dalam White Studio tu crew-crew,soundman SS. Tapi SS belum kelihatan. Tiba-tiba........................................
Alex Lopez drummer SS keluar dari White Studio tu mungkin untuk melihat pemandangan diluar. Dia duduk di pintu studio tu. Masa tu nasib tak ramai lagi orang. Ada lah beberapa orang yang memberanikan diri pergi menegur Alex dan ingin bergambar. Hey jangan ingat saya pun tak berani. Tapi mula-mula segan juga lah kan. Tapi dengan beraninya saya datang dekat Alex and cakap nak bergambar. At first nampak dia macam pemalu sangat. Tapi dia sangat baik. So dapat saya bergambar dengan dia. Jangan jealous. Owh ya mesti tertanya-tanya mana pergi line-up yang lain? Well.. Dia-orang masih di hotel dan akan datang selepas menjamu makan malam. Rockstar habis. :P Hahahaha what to do. Band dah ada nama.
tadaaaaaaaaaaaaaaa... :P Comel kan. Alaaaa dia sudah berpunya lah! Sorry girls :P hahaha
Lepas bergambar tu saya duduk balik ke tempat yang dimana tempat saya duduk tadi. Erk.. Hahaha apa aku merepek ni. Sebenarnya show supposedly starts at 7pm. Tapi kesudahnya sampai jam 8.45pm baru start. Lama juga lah kita-orang tunggu..
Dalam White Studio. Tempat dia agak kecik juga. Orang pun dalam 100++ .. Saya terpaksa duduk belakang. Sebab budak-budak nak mosh lah 2 step bagai. Hahahahah :'( sedih.. tak dapat tengok dekat-dekat. Sebab orang macam nak gila bila dengar Mitch Lucker pegang mike je dah mengila.
Yeah itu dia Mitch Lucker. Yang ku nanti-nantikan. Seperti biasa. Lagu pertama yang menjadi pembukaan tirai concert ini ialah Wake UP! Orang-orang semua sudah menggilaaa..huarghhh
Sorry gambar takde lah banyak mana pun. Khusyuk tengok SS perform. So tak teringat pulak nak amik video ke apa ke . Hahaha boleh macam tu pulak kan ? Tapi ada kurang enak sikit yang berlaku ketika dia-orang mula nak masuk lagu kedua. Electricity dia-orang padam. Maybe overload. Tengah-tengah nyanyi boleh shut down. Crowd pun marah. waaaa woooo weeee macam suara keluar. Tapi selang beberapa minit kemudian. Yeay the Electricity sudah kembali. Tapi marah betul Mitch ye. Siap fuck everything lagi Hahahah Apa-apa pun showmanship dia-orang memang mantap and memang best! Rugi tak tengok. Disebabkan power electricity overload SS terpaksa cut beberapa lagu. So sikit je dia-orang main lagu. Yang sempat saya ingat lagu dia-orang bawak pada malam tu, Wake Up, Fuck Everything, You Only Live Once, Bludgeoned to Death, Disengage, Unanswered and beberapa lagi kot tak ingat dah.
Mula nya agak kecewa lah. Sebab kene berdiri belakang. Pastu dengan masalah technical apa semua. Memang tak puas lah. Time tu muka saya memang down gila. Kecewa habis. Sebab tak puas nak tengok dia-orang. Lepas dah habis tu. Hati saya teringin sangat nak bergambar dengan Mitch Lucker. Tak dapat yang lain pun takpe janji Mitch Lucker. Penat saya datang dari jauh tau. :P Tunggu punya tunggu. Guitarist dua orang and bassist dah blah awal lagi. Tinggal Mitch and Alex. Alex dah sempat bergambar. So tinggal Mitch. Dengan keadaan yang terpaksa dan teringin bebenor nak jumpa Mitch. Lalu bf saya tanyakan dekat kawan kita-orang yang menjadi security event pada malam itu. Kalau tau macam ni boleh tanya awal-awal kan :P mana tahu dapat full line-up. Sekali kawan kita-orang tu bagitau Mitch ada dekat belakang building. Patut saya tengok ramai berpusu-pusu lari ke belakang.
Saya pun dengan tanpa berlengah lagi, bergegas ke belakang juga.Huwaaaaaaaa agak ramai juga bepusu-pusu ingin bergambar dengan Mitch. Saya macam dah hilang harapan sebab rasa macam tak dapat je. Agak ramai dalam 30 sampai kot. Mitch di kelilingi dia-orang semua. :( .. Bf saya dengan yakin mengatakan. Pergi lah depan sikit. Buat tak tau je. Saya dengan memberanikan diri pergi juga kedepan memotong QUE orang.. arghhh saya dah tak pedulik time tu. Bila dah sampai depan sikit Mitch macam cakap okay guys got to go lah. Blah Blah Blah.. Saya rasa nak nangis dah time tu. T_T memang rasa macam takde peluang. Sekali entah macam mana terpancul keluar dua patah perkataan dari mulut saya " MITCH WAIT" .. HAHAHA semua pandang. Adoi malunya.
TADAAAAAAAAAA.. DAPAT JUGA AKHIRNYA!!!!!!!!!! *pengsan*
hehe jangan jealous ya. Lepas tu saya boleh tidur dengan lenanya :P begitu lah sedikit sebanyak cerita yang dapat saya kongsikan..

0 comments:
Post a Comment