Lagi beberapa hari saja kita akan menyambut tahun baru 2012.. Sedih rasanya.. Cepat masa berlalu.. Terlalu banyak kenangan manis pahit kelat masam semuanya lah yang berlaku pada 2011 ni.. ;)
Syukur Alhamdullilah segalanya telah ku harungi dan tempuhi dengan penuh kesabaran.. 2011 ni sebenarnya aku banyak buang masa.. Tak bekerja mahupun sambung belajar.. Aku sendiri tak tahu apa hala tuju aku yang sebenar.. ;( Tapi akhirnya aku nekad untuk terjun dalam bidang Kecantikan.. Memandangkan aku suka solekan.. Dan memandangkan aku tak suka bekerja di office aku lebih cenderung kearah bekerja sendiri senang cerita buat business sendiri..
Jadi mama aku memberi cadangan, apa kata daftarkan diri di GIATmara dalam bidang Beauty.. Aku pun pikir punya pikir aku setuju dengan mama aku.. Pada mulanya aku ingat boleh terus masuk dalam kursus ini.. Ternyata aku silap.. Aku pun tak terpikir sebelum ini.. Ye lah bidang yang dianjurkan oleh MARA ni percuma dan akan diberikan allowance setiap bulan ! Bayangkan betapa untungnya siapa yang dapat terpilih menyertai kursus di GIATmara..
Aku pun menghantar borang bidang Kecantikkan ke Pejebat GIATmara di Shah Alam .. Dekat dengan rumah aku.. Lepas tu pengawai disitu cakap.. Ada interview nanti.. Sebenarnya tarikh interview sudah lepas.. Tetapi disebabkan ramai yang ingin memasuki kursus ini dan pula ketika itu ramai pelajar yang sedang menduduki SPM (kebanyakkannya memang pelajar-pelajar SPM selepas exam mereka masuk GIATmara) jadi Giatmara di Shah Alam akan mengadakan interview buat kali kedua.. Jadi aku masih sempat lagi lah untuk ada interview ini..
Selepas beberapa hari, Pekerja di giatmara call dan memberitahu tarikh interview tersebut dan menyuruh aku memakai pakaian yang bersesuaian untuk interview nanti seperti baju kurung.. Tarikh interview itu jatuh pada 19th December 2011 jam 9am.. Aku mula rasa takut dan nervous at the same time.. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat lepas interview ni apa yang akan aku lakukan selepas ini? Apa aku nak kerja nanti ? Macam-macam benda yang bermain di pikiran aku ketika tu..
Okay pada 19th December 2011.. Aku ditemani mama aku.. Aku punya lah excited bangun subuh.. Bersiap awal.. Sedangkan mama cakap awal lagi ni.. Tapi aku insist juga untuk pergi awal takut jammed ke ye lah dari Subang ke Shah Alam memang dekat tapi disebabkan kesesakan dipagi hari semua orang nak pergi kerja kan..
Memang ternyata aku lah orang yang pertama sampai.. HAHAHA ;p Tepat jam 8.30am aku dah sampai sampai pengawai-pengawai disitu cakap awal lagi dik.. Adik pergi lah makan di mana-mana dulu.. Tapi aku n mama aku cakap takpe lah kami tunggu je disini sebab tak tau nak pergi makan dimana.. Adoi macam panjang pula aku tulis kan? Detail sangat lah okay lah aku pendekkan.. Tunggu punya tunggu nama aku dipanggil untuk interview. Ye aku orang yang pertama..
Dipendekkan cerita lah kan.. Alhamdullilah aku berjaya menempuhi nervous ketika disoalkan.. Aku cuba menjawab walaupun aku rasa aku tak tahu nak jawab apa.. Hahahaha ye lah jawab je apa yang ditanya walaupun kita tak tau jawapan dia asalkan jangan diam.. Bayangkan this is my first time being interviewed.. Selepas selasai interview itu orang disitu mengatakan.. Esok mereka akan call JIKA aku terpilih.. ;( Walaupun selesai sudah azab interview itu ku melepaskan nafas lega.. TETAPI.. Menunggu panggilan samaada aku terpilih atau tidak lebih merisaukan aku.. Tidak keruan aku dibuatnya.. Macam-macam lah aku pikir..
Disebabkan berkat doa dari keluarga aku.. kawan-kawan aku.. Dan si dia.. Keesokkan hari tu pagi.. Ada panggilan buat aku.. Aku tengok lah number yang tertera di handphone aku.. Number dari GIATmara ni.. Aku jadi panic hahaha.. GUESS WHAT ? Ya Allah Alhamdullilah aku terpilih mengikuti kursus Kecantikkan selama 6bulan! I am speechless .. Can't say a word.. Aku pun melompat riang.. YEAYYYY! Aku terus menangis lari pergi ke bilik mama aku dan memeluk mama aku.. Ya Allah syukur Alhamdullilah rezeki yang Kau berikan kepadaku.. And yes 2012 akan menjadi hidup aku lebih teratur dengan masa depan aku yang aku sendiri sudah merancangkan.. I'm so happy and grateful ! Berkat kesabaran aku akhirnya membuah hasil.. Cewah.. ;p
2011 juga sejarah bagi aku.. Aku berjaya menurunkan berat badan setelah sekian lama aku cuba untuk menurunkan berat tapi tak berjaya..
Dan syukur Alhamdullilah aku masih bersama dia hingga sekarang.. Doakan kami kekal hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah tahun depan kami mungkin akan mengikatkan tali pertunangan .. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan dan 2013 kahwin!! ;p YEAYY .. Berangan je lah aku ni.. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang berlaku tapi biarlah aku simpan dihati saja.. Tujuan aku membuat blog ni bukan lah untuk menceritakan rutin harian aku.. Hanya sekadar ingin berkongsi yang mana aku rasa patut dikongsi.. Cewah cakap macam ramai je lah yang membaca blog aku ni padahal takde pun.. Takpe lah atleast aku boleh baca balikkan.. ;p hahaha
Study sampai pening kepala.
9 hours ago

0 comments:
Post a Comment